Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa dalam Rencana Akhbar An analysis on Language usage errors in newspaper feature articles
Main Article Content
Abstract
The medium that unites newspapers with its readers is correct language usage. Errors in language usage need to be minimized so that the message being conveyed is easily understood and accepted by the readers. This study was conducted to analyse the errors of language usage in newspaper feature articles, especially in terms of word choices and sentence formations by observing the criteria suggested by Waterhouse (1989). Using systematic sampling, a total of 20 newspaper feature articles in Berita Harian and Utusan Malaysia from 1 October to 30 November 2016 were studied. The results of the content analysis revealed that there were 128 errors related to the usage of language in the chosen newspaper feature articles. The errors related to sentence formation was the highest, with 60 errors, whereas the usage of synonym was the lowest, around three. Overall, the findings did not observe the criteria of an effective journalism writing, particularly in word choices and sentence formations, suggested by Waterhouse’s (1989). Poor word choices might cause ambiguity and confusion among the readers while long-winded sentences and excessive explanations might cause the reader to lose focus thus failed to understand the content of the articles.
Medium yang menyatukan akhbar dengan pembaca merupakan bahasa. Oleh hal yang demikian, penulis disarankan untuk meminimumkan kesalahan penggunaan bahasa dalam penulisannya agar mesej yang disampaikan dapat difahami dan diterima oleh pembaca dengan mudah dan berkesan. Bertitik tolak daripada itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan kesalahan penggunaan bahasa dalam penulisan rencana akhbar, khususnya dari segi pemilihan kata dan pembentukan ayat berdasarkan perspektif Waterhouse (1989). Alat kajian terdiri daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan dari 01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016. Populasi kajian terdiri daripada 242 rencana yang terkandung dalam kedua-dua buah akhbar. Sampel kajian pula terdiri daripada 20 rencana yang dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan sistematik dan seterusnya, dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 128 kesalahan berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam penulisan rencana akhbar. Daripada jumlah tersebut, kesalahan berkaitan penerangan ayat mencatatkan jumlah paling tinggi, iaitu sebanyak 60 kesalahan dan penggunaan kata sinonim pula mencatatkan jumlah penggunaan paling terendah, iaitu sebanyak tiga (3) penggunaan. Analisis akhir menunjukkan bahawa pemilihan kata yang tidak menepati saranan Waterhouse (1989) menyebabkan pembaca akan mengalami kekaburan dan kekeliruan makna, manakala pembentukan ayat yang panjang dan mengandungi penerangan yang berlebih-lebihan menyebabkan pembaca hilang tumpuan untuk membentuk pemahaman terhadap kandungan rencana tersebut. Akhirnya, pembaca mengalami kesukaran untuk memahami kandungan rencana dengan berkesan.
Downloads
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.