Pengaplikasian Konsep Kewartawanan Peranti dalam Organisasi Berita Kosmo Online dan Rotikaya The application of Mobile Journalism in news organisation of Kosmo Online and Rotikaya

Main Article Content

Shahrul Nazmi Sannusi
Anis Nabila Khidir
https://orcid.org/0000-0003-0753-4358

Abstract

Journalists are groups that are important in helping to provide information to the public. The development of communication technology has triggered a concept of Mobile Journalism or MoJo in the journalistic world. This study will show the application of the MoJo concept in the Kosmo Online and Rotikaya news portal that are able to change the working style of journalists from time to time. This study aims to see MoJo trends capable of changing the style of journalists, MoJo skills used among media practitioners and the future of newspaper companies as a result of digital technology. This study used a qualitative method that is through a deep interview with two informants fromboth media organisations. The theory used in this study is the Diffusion of Innovation Theory by Everett Rogers that examines four important elements of social system, time frame, innovation and communication channels. As a result of this research, researchers have found some new findings that are classified according to the theoretical elements applied in the MoJo concept. The findings show that both interviewed media organizations have successfully applied MoJo concepts in journalist working style. MoJo is able to change the style of journalist work from traditional style to modern style by using mobile devices to report the news. This application has helped journalists improve their skills indirectly towards the structure of news writing with the use of technology in delivering news visually. This MoJo has also been delivering the news that there is no obstacle to the gatekeeper where the true information continues to be communicated to the public without restrictions. This explorative study can be the basis of the journalistic field in today is growing digital era.


Wartawan merupakan kumpulan atau golongan yang penting dalam membantu untuk memberikan maklumat kepada masyarakat. Perkembangan teknologi komunikasi telah mencetuskan sebuah konsep Kewartawanan Peranti atau MoJo dalam dunia kewartawanan. Kajian ini akan memperlihatkan pengaplikasian konsep MoJo dalam akhbar Kosmo Online dan Rotikaya yang mampu mengubah gaya kerja wartawan dari semasa ke semasa. Kajian ini bertujuan untuk melihat trend MoJo mampu mengubah gaya kerja wartawan, kemahiran MoJo yang digunakan dalam pengamal media dan masa depan syarikat akhbar hasil daripada teknologi digital. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temubual mendalam bersama dua informan daripada dua organisasi akhbar tersebut. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Difusi Inovasi oleh Everett M. Rogers yang mengemukan empat elemen penting iaitu sistem sosial, jangka waktu, inovasi dan saluran komunikasi. Hasil daripada kajian ini pengkaji telah mendapati beberapa penemuan baharu yang diklasifikasikan mengikut elemen teori yang diaplikasikan dalam konsep MoJo. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kedua- dua organisasi media yang telah ditemubual berjaya mengaplikasikan konsep MoJo dalam gaya kerja wartawan. MoJo ini mampu mengubah gaya kerja wartawan daripada gaya tradisional kepada gaya yang moden iaitu dengan menggunkan peranti mudah alih untuk melaporkan berita. Pengaplikasian ini telah membantu wartawan dalam meningkatkan kemahiran secara tidak langsung terhadap struktur penulisan berita dengan penggunaan teknologi dalam menyampaikan berita secara visual. MoJo ini juga telah menjadikan penyampaian berita yang dilakukan oleh wartawan tiada halangan daripada gatekeeper dimana maklumat yang benar terus disampaikan kepada masyarakat tanpa sekatan. Kajian bersifat eksploritari ini boleh menjadi asas kepada bidang kewartawanan dalam era digital yang sedang berkembang ketika ini.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles