Karya Munshi Abdullah Daripada Aspek Logika The Work of Munshi Abdullah From the Aspect of Logic

Main Article Content

Amida@Hamidah Abdulhamid

Abstract

Kisah Pelayaran Abdullah began his writing in the year 1253 hijrah and completed his essay in the year 1254 hijrah equivalent to 1852. In the documentation of this voyage story there is Munshi Abdullah's report on the paradigm of Malay life in three Malay -ruled states, namely Pahang, Terengganu, and Kelantan. Munshi Abdullah, who is literate and literate, also has the ability to speak English and used the opportunity to 'find out' about the places he stopped on the voyage from Singapore to Kelantan. Munshi Abdullah's writing is not merely a report but writing about the way of life in the three states is commented or parsed that proves the logic of his futuristic (and global) nature of thought.


Kisah Pelayaran Abdullah dimulai penulisannya pada tahun hijrah 1253 dan diselesaikan karangannya pada tahun hijrah 1254 bersamaan tahun masehi 1852. Dalam dokumentasi kisah pelayaran ini terdapat laporan Munshi Abdullah tentang paradigma kehidupan orang Melayu di tiga buah negeri berkerajaan Melayu, iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Munshi Abdullah yang celik menulis dan membaca juga punya kebolehan berbahasa Inggeris menggunakan kesempatan belayar itu untuk 'mengambil tahu' tentang tempat-tempat yang disinggahinya itu dalam pelayaran dari Singapura ke Kelantan. Penulisan Munshi Abdullah bukanlah semata-mata merupakan suatu laporan tetapi penulisan tentang bentuk kehidupan di ketiga-tiga buah negeri itu diberi komentar atau kupasan yang membuktikan logika pemikirannya yang  futuristik (dan global) sifatnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles