Advokasi Media: Analisis Liputan Berita Harian Online Terhadap Isu Berkaitan Orang Kurang Upaya di Malaysia (2014-2020) Media Advocacy: Analysis of Berita Harian Online’s Coverage on Issues of Persons with Disabilities in Malaysia (2014-2020)

Main Article Content

Mohamad Muzammil Mohamad Noor

Abstract

Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) sering mendapat perhatian oleh pengamal media komunikasi massa di Malaysia. Misalnya, akhbar Berita Harian Online memaparkan isu-isu komuniti ini yang ditonjolkan oleh masyarakat, aktivis sosial, pegawai kerajaan dan ahli politik. Isu-isu utama komuniti OKU yang mendapat perhatian akhbar ini adalah seperti penyalahgunaan penyediaan kemudahan akses kepada komuniti OKU, peluang pekerjaan, huluran bantuan, gangguan seksual serta peluang pendidikan dan kemahiran OKU. Artikel ini bertujuan memaparkan laporan wartawan Berita Harian Online sebagai media komunikasi massa yang menyalurkan pelbagai maklumat dan peranan melalui isu-isu tentang komuniti OKU mendapat perhatian ahli politik, kerajaan Malaysia dan masyarakat. Kaedah kualitatif yang digunapakai ialah paparan berita semasa serta penulisan wartawan dan rencana penulis bebas yang mengemukakan isu-isu OKU serta diterbitkan dalam Berita Harian Online dari tahun 2014 hingga 2020. Hasil dapatan daripada penulisan ini telah mengesani sejauh mana isu-isu komuniti OKU yang dikemukakan oleh Berita Harian Online memberi impak kepada kerajaan, jabatan yang bertanggungjawab, persatuan OKU dan badan bukan kerajaan untuk menambaikbaikan keperluan dan hak-hak komuniti OKU setelah mendengar luahan dan keperluan mereka. Beberapa isu yang terdapat dalam akhbar ini telah mendapat perhatian kerajaan pemerintah seperti bantuan kemudahan, potensi pendidikan dan mempertingkatkan kemudahan akses yang sempurna kepada komuniti OKU di tempat awam.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles