Kemunduran Masyarakat Melayu: Pandangan Majalah Al-Islah

Main Article Content

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
Hamidah Jalani

Abstract

Kemunduran orang Melayu adalah isu yang seringkali diungkapkan dan dari semasa ke semasa sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha dan rancangan telah dilaksanakan. Baik dari pihak kerajaan mahupun orang perseorangan cuba mencari punca dan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan ini. Majalah al-Islah (Feb 1970 – Ogos 1974) turut sama membincangkan isu kemunduran orang Melayu ini dalam terbitannya sekitar tahun 70-an. Justeru itu, kertas ini akan memaparkan perbincangan majalah al-Islah mengenai isu kemunduran yang banyak dipengaruhi oleh salah faham orang Melayu terhadap ajaran agama Islam, dan juga akan mengenegahkan faktorfaktor yang menyebabkan orang Melayu terjerumus dalam kemunduran berdasarkan pandangan dan kritikan penulispenulis artikel majalah al-Islah. Kesimpulannya, kertas ini mencadangkan beberapa perkara yang harus dititikberatkan dalam usaha membangunkan minda dan tindakan orang Melayu di Malaysia berdasarkan majalah al-Islah. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. @ A. F., & Jalani, H. (2011). Kemunduran Masyarakat Melayu: Pandangan Majalah Al-Islah. Jurnal Usuluddin, 33, 32–48. Retrieved from https://jrmg.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7425
Section
Articles