REAKSI SULTAN ABDUL HAMID DAN MASYARAKAT SATUN TERHADAP PENYERAHAN WILAYAH SATUN KEPADA SIAM 1909

Reaction of Sultan Abdul Hamid and the Satun Community towards the Surrender of the Satun Territory to Siam in 1909

Authors

  • Intan Syafinas Shafie mrs
  • Aisyah Kamaruddin

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.3

Abstract

Penyerahan wilayah Satun kepada pihak Siam melalui Perjanjian Bangkok 1909 yang ditemeterai oleh British dan Siam merupakan suatu peristiwa yang telah mencorakkan landskap geopolitik Asia Tenggara dengan memberi implikasi besar terhadap politik, ekonomi, dan budaya Kedah serta wilayah Satun. Wilayah Satun, yang sebelum ini telah menjadi sebahagian daripada wilayah Kedah telah kehilangan statusnya sebagai wilayah Melayu-Islam akibat manipulasi kuasa besar seperti British dan Siam. Rundingan penyerahan ini telah dijalankan tanpa penglibatan langsung oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah (mm.1841-1943) dimana telah mencerminkan ketidakseimbangan kuasa dalam hubungan diplomatik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis mengenai reaksi Sultan Abdul Hamid terhadap penyerahan tersebut dan penduduk Melayu-Islam di wilayah Satun, yang terkesan oleh dasar Siamisasi seperti penggunaan bahasa Thai dan perubahan struktur pemerintahan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis dokumen sejarah seperti memorandum Sultan Kedah, laporan diplomatik British dan Siam, serta surat-menyurat rasmi untuk membina naratif yang lebih komprehensif. Hasil kajian mendapati bahawa Sultan Abdul Hamid menentang keras penyerahan ini, tetapi tekanan diplomatik dan isu kewangan memaksanya menerima perjanjian tersebut. Penduduk Satun juga turut menghadapi perubahan mendalam terhadap identiti budaya mereka akibat dasar Siamisasi, walaupun terdapat usaha penentangan yang terhad. Kajian ini mencadangkan penelitian lebih lanjut terhadap dokumen arkib dan sumber lisan bagi memperkayakan pemahaman tentang reaksi tempatan terhadap perjanjian ini. Di samping itu, usaha diplomasi moden antara Malaysia dan Thailand perlu memberi perhatian terhadap penghormatan warisan budaya Melayu-Islam di Satun untuk memulihkan hubungan sejarah antara kedua-dua negara.

 

Kata kunci: Kedah, Penyerahan Wilayah Satun, Perjanjian Bangkok 1909, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Dasar Siamisasi

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Aisyah Kamaruddin

* Intan Syafinas Binti Shafie (Intansyafinas@unimap.edu.my) ( corresponding author) merupakan pensyarah sambilan di Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Malaysia Perlis serta calon Ph.D di Universiti Utara Malaysia. +6010-2960866

 

** Aisyah Binti Kamaruddin ( Aisyahk@uum.edu.my) merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah  di Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia.+6019-3656615

 

 

Downloads

Published

2025-06-30