SUKAN KOMANWEL 1998: CABARAN PENGURUSAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA, 1998 HINGGA 2000

Commonwealth Games 1998: The Challenge of Constructing a National Sports Complex

Authors

  • Muhammad Nordin Hassan STUDENT
  • Noraini Mohamed Hassan
  • Azharuddin Mohamed Dali

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.9

Keywords:

Sukan Komanwel 1998, Kompleks Sukan Negara, Cabaran, Pembangunan, Pentadbiran

Abstract

Makalah ini akan membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh Kompleks Sukan Negara (KSN) ekoran pembinaan kemudahan sukan sempena Sukan Komanwel 1998. Cabaran-cabaran yang dihadapi selepas berakhirnya temasya tersebut menjadi perhatian utama. Namun disentuh juga masalah yang dihadapi setelah siapnya pembinaan KSN tersebut sebelum temasya bermula. Selain itu, dimasukkan juga sejarah kemudahan sukan dan Sukan Komanwel 1998 sebagai pengenalan. Kaedah yang digunakan adalah kualitatif dengan memberikan tumpuan kepada analisis laporan akhbar yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur dan Perpustakaan Utama Unversiti Malaya serta Perpustakaan Sukan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil. Hasil kajian menunjukkan terdapat masalah dari segi pembinaan kemudahan sukan dan isu menjadikan KSN sebagai tumpuan reakreasi orang ramai menjadi cabaran yang signifikan kepada pengurusan KSN.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30