FENOMENA KECURIAN SERIUS DAN KAITANNYA DENGAN HARGA BIJIH TIMAH DI SELANGOR SEMASA ERA PEMERINTAHAN BRITISH

Authors

  • Ruzaini Sulaiman DR

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.2

Keywords:

Jenayah Kecurian Serius, Harga Bijih Timah, Kemelesetan Ekonomi, British, Selangor

Abstract

Makalah ini bertujuan mengkaji fenomena kecurian serius yang berlaku di Selangor semasa pemerintahan British terutama ketika berlaku kemelesetan ekonomi dan perkaitan jenayah kecurian serius dengan kedudukan harga bijih timah. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada aspek kedudukan harga timah di pasaran antarabangsa yang tidak konsisten ketika berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi berjaya mempengaruhi penglibatan penduduk dalam kegiatan jenayah ini. Dalam usaha mencapai matlamat di atas, kajian ini telah memenuhi objektif untuk melihat aspek kedudukan harga timah yang telah  mengalami kejatuhan harga secara mendadak semasa berlaku ketidaktentuan ekonomi dan  kaitannya dengan penglibatan penduduk di Selangor dalam jenayah kecurian serius. Penyelidikan ini menggunakan penyelidikan sejarah dan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Beberapa tindakan dan proses telah dilakukan misalnya heuristik, kritikan, analisis dan histrografi supaya penyelidikan ini mencapai objektiviti dalam penyelidikan sejarah. Dapatan kajian yang diperolehi menampakkan dengan jelas bahawa kedudukan harga timah menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan dan penglibatan penduduk dalam kegiatan jenayah kecurian serius di Selangor.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30