UMNO-online dan fungsinya dalam penerbitan berita politik talian di Malaysia UMNO-Online and its roles in online political news publishing in Malaysia

Main Article Content

Ropikah Ahmad
Abdullah Al-Hadi Hamdan
Mohamad Saleeh Rahamad

Abstract

This article is about online publishing in a political party like UMNO by looking at its functions applied in the field of communication. This political party applies the development of online publishing by using UMNO Online as the party’s official website. This study focuses specifically on the function of the UMNO Onlinecreated in online political news publishing in Malaysia and the UMNO Onlinefactor established as well as how the development of online political publishing to reflect the background of the study. The function of UMNO Online is based on the scope of the study, namely the content published in June 2011 will be examined based on the role of UMNO Online in addressing these issues through ethical news writing, with an emphasis on the pattern of news published. In addition, the evolution of communication has influenced UMNO, which has also changed with the existence of websites in the association as a new platform for the party, based on the latest developments that also require the use of technology. The development of UMNO Online which started from a special unit and through various changes that eventually became a news portal that is interactive in nature by combining all media. The results of the research found that current developments motivate UMNO as a political party that holds some of the leadership role in the country’s administration also undergoes transformation using cyber media. Through the study, it can be concluded that UMNO Online plays a news role in rejecting the allegations made by the opposition party.


Artikel ini mengenai penerbitan atas talian dalam sebuah parti politik sebagaimana UMNO dengan melihat kepada fungsinya yang diaplikasi dalam bidang komunikasi. Parti politik ini mengaplikasikan perkembangan penerbitan atas talian dengan menggunakan www.umno-online.my sebagai laman rasmi parti. Kajian ini memberi tumpuan khusus kepada fungsi laman UMNO-Online diwujudkan dalam penerbitan berita politik secara atas talian di Malaysia dan faktor UMNO-Online ditubuhkan serta bagaimana perkembangan penerbitan politik dalam talian bagi menggambarkan latar belakang kajian. Fungsi UMNO-Online adalah berdasarkan skop kajian, iaitu kandungan yang diterbitkan pada bulan Jun 2011 akan diteliti berdasarkan peranan UMNO-online dalam menangani isu-isu tersebut menerusi penulisan berita beretika, dengan penekanan pada corak berita yang diterbitkan. Di samping itu, evolusi komunikasi telah mempengaruhi UMNO, yang juga berubah dengan adanya laman web dalam persatuan sebagai platform baru untuk parti, berdasarkan perkembangan terkini yang juga memerlukan penggunaan teknologi. Perkembangan UMNO-Online yang bermula daripada sebuah unit khas dan melalui pelbagai perubahan yang pada akhirnya menjadi sebuah portal berita yang bersifat interaktif dengan menggabungkan semua media. Hasil penyelidikan mendapati bahawa perkembangan semasa mendorong UMNO selaku parti politik yang memegang sebahagian tampuk peneraju dalam pentadbiran negara turut melakukan transformasi dengan menggunakan media siber. Menerusi kajian, dapat disimpulkan bahawa UMNO-Online memainkan peranan pemberitaan dalam menolak tohmahan yang dilakukan oleh pihak parti lawan.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>