Islam, Globalisation and the Challenges of Contemporary Epistemology

Main Article Content

Mohd Hazim Shah

Abstract

Artikel ini membincangkan cabaran kontemporari terhadap pemikiran Islam, hasil dari proses Globalisasi. la membincangkan cabaran dari proses modenisasi yang mendasari Globalisasi, serta bentuk dan corak ilmu yang didukunginya. Pendekatan yang diambil merupakan gabungan antara pendekatan sejarah dan falsafah. Fokus artikel ini tertumpu kepada persoalan epistemologi atau teori ilmu, iaitu dengan membandingkan teori-teori epistemologi Barat masa kini dengan epistemologi Islam. Beberapa perbezaan ketara di antara epistemologi Barat dan Islam kemudiannya dileraikan. Selain daripada itu, beberapa hujah dikemukakan untuk memahami bentuk cabaran epistemologi ini dan untuk mempertahankan perspektif Islam terhadap ilmu. Kesimpulan yang dibuat ialah epistemologi Islam yang bersifat keagamaan adalah berbeza dari aliran pemikiran Modenisme dan Pasca-Modenisme yang mempengaruhi epistemologi konteinporari, dan kerana itu epistemologi Islam harus dipertahankan mengikut lunas-lunasnya yang tersendiri.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Shah, M. H. (2004). Islam, Globalisation and the Challenges of Contemporary Epistemology. Jurnal Usuluddin, 20, 49–68. Retrieved from https://jrmg.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4164
Section
Articles