ANNOUNCEMENTS

PENGUMUMAN: NAIK TARAF SISTEM OPEN JOURNAL SYSTEMS (OJS) KE VERSI 3.5

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Pengurusan Jurnal (REJMA) dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) akan melaksanakan naik taraf sistem Open Journal Systems (OJS) bagi semua jurnal Universiti Malaya.

Naik taraf ini melibatkan peningkatan versi OJS daripada versi 3.3 kepada versi 3.5 dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi sistem, keselamatan, kestabilan serta keserasian dengan keperluan pengindeksan semasa.

Sebagai persediaan bagi pelaksanaan naik taraf ini, tetapan tema OJS bagi semua jurnal akan ditukarkan sementara kepada Default Theme bagi meminimumkan sebarang konflik sistem dan memastikan proses naik taraf dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pelaksanaan naik taraf akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti di dalam infografik yang disediakan. Sebarang perkembangan berkaitan status naik taraf akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai bagi memastikan pelaksanaan naik taraf sistem ini berjalan dengan jayanya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Jurnal (REJMA).

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Seksyen Pengurusan Jurnal (REJMA)

*****************************


ANNOUNCEMENT: UPGRADE OF OPEN JOURNAL SYSTEMS (OJS) TO VERSION 3.5

Assalamualaikum w.b.t. and Greetings,

YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Dr./Sir/Madam,

We are pleased to inform you that the Journal Management Section (REJMA), in collaboration with the Information Technology Department (JTM), will be implementing a system upgrade of the Open Journal Systems (OJS) platform for all Universiti Malaya journals.

This upgrade involves migrating OJS from version 3.3 to version 3.5, with the aim of enhancing system performance, security, stability, and compatibility with current indexing requirements.

As part of the preparation for this upgrade, the OJS theme for all journals will be temporarily reverted to the Default Theme to minimize potential system conflicts and to ensure a smooth upgrade process.

The upgrade will be carried out according to the scheduled timeline as outlined in the infographic provided. Updates on the status and progress of the upgrade will be communicated from time to time.

Your cooperation and understanding are highly appreciated in ensuring the successful implementation of this system upgrade.

Should you have any enquiries, please do not hesitate to contact REJMA.

Thank you.

Yours sincerely,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Research Journal Management (REJMA)
The Research Outreach and Visibility Office (OVIS), KPPI UM
PiC: En Amirol Asraf Mohd Zukri, Assistant Registrar
Email: rejma@um.edu.my
Phone: +60 13-296 6438